[MESTI BACA] Abaikan Isteri, Suami Ketagih WhatsApp

[MESTI BACA] Abaikan Isteri, Suami Ketagih WhatsApp

Ermmm...macam-macam kes sekarang kan..gara-gara WhatsApp hubungan suami isteri menjadi dingin siap jadi kes mahkamah lagi..dashyattt...huhu..ape2 pun individu tue kena la bijak  untuk menggunakan kemudahan teknologi yang ada jangan terlalu taksub sampai isteri atau suami diabaikan atau tidak di beri perhatian pulak..peringatan untuk kita bersama..

MANAMA – Seorang isteri di Yaman meminta mahkamah untuk memaksa suaminya memberi lebih perhatian kepada beliau kerana banyak masa dihabiskan dengan aplikasi WhatsApp di telefon bimbitnya.
Dalam kes yang disifatkan sebagai luar biasa di negara itu, wanita berusia 30-an mendakwa suaminya mengalami ketagihan yang tidak normal terhadap mesej aplikasi mesej telefon bimbit terbabit sehingga mengabaikan isteri dan gagal memenuhi tanggungjawab sebagai seorang lelaki.
Penduduk bandaraya Aden terbabit mengadu ketagihan suaminya itu begitu membimbangkan sehingga beliau terpaksa meminta hakim memaksa si suami untuk membahagikan masa antara isteri, teman dan WhatsApp secara adil.

Kes luar biasa
Ini adalah satu kes yang luar biasa tetapi ia sebenarnya adalah menggambarkan keadaan dunia Arab masa kini, kata Rasha, seorang peguam di Manama.
Melarikan diri dari dunia realiti ke dunia maya atau ke dalam dunia fantasi kini adalah perkara biasa dan keluarga semakin teruk menderita, katanya dalam komen terhadap kes berkenaan.
WhatsApp Inc yang berpejabat di California bulan lalu berkata aplikasi bagi mesej segera telefon bimbit kini memiliki lebih 400 juta pengguna yang aktif setiap bulan.

Aplikasi yang dibangunkan untuk telefon pintar pada 2009 itu kini dinaiktaraf untuk membolehkan pengguna berkongsi kandungan multimedia seperti foto dan video.

sumber: http://mynewshub.my/kisahbenar/
Read more »

[WAJIB BACA] HIPERHIDROSIS : PELUH BERLEBIHAN



[WAJIB BACA] HIPERHIDROSIS : PELUH BERLEBIHAN

Masalah perpeluhan berlebihan pada anggota badan. Keadaan peluh yang melampau ini ialah sejenis penyakit yang dikenali sebagai hiperhidrosis. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui keadaan ini sebagai penyakit. Kebanyakannya beranggapan ia sebagai masalah biasa yang terjadi pada semua orang. Dari segi perubatan, hiperhidrosis ialah masalah peluh berlebihan yang terjadi dalam satu peratus populasi.

Ada tiga jenis hiperhidrosis, iaitu hiperhidrosis berpunca daripada emosi yang selalunya membabitkan telapak tangan, kaki serta ketiak, hiperdrosis setempat dan hiperhidrosis menyeluruh iaitu di seluruh badan. Punca hiperhidrosis ini kurang jelas dan ia dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf simpatetik dalam badan dan sebahagian kecil kerana pembawaan genetik. Masalah ini pula boleh dialami baik lelaki mahu pun perempuan dan ia juga tidak mengira faktor usia.
Bagi mendapatkan rawatan hiperhidrosis ini, saudari perlu berjumpa pakar kulit kerana ada pelbagai kaedah rawatan dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan.

Hiperhidrosis menyeluruh mempunyai kaitan dengan masalah penyakit kanser dan urat saraf, masalah metabolik seperti hipertiroidisma, diabetes, hipoglisemia, gout, pheochorocytoma dan juga menopaus. Penyakit–penyakit lain yang menyebabkan demam juga boleh menyebabkan berpeluh satu badan. Ini penting bagi mencari punca-punca hiperhidrosis yang boleh dirawat dengan betul. Malah ada beberapa ujian yang perlu dilalui.
Dari segi rawatan, usaha mengatasi hiperhidrosis ini juga menjadi satu cabaran bagi doktor. Selain itu, ada pelbagai ubat yang turut digunakan untuk merawat hiperhidrosis. Suntikan toksin Botulinum atau Botox misalnya, amat berkesan untuk rawatan hiperhidrosis pada telapak tangan dan di bawah ketiak.

Pada masa sama, ada juga kaedah pembedahan yang digunakan sekiranya rawatan secara perubatan gagal. Rawatan ini memerlukan prosedur yang mana saraf simpatetik dimusnahkan secara endoskopi. Pembedahan lain adalah dengan membuang kelenjar peluh dengan menggunakan laser dan pembedahan.
Oleh kerana rawatan hiperhidrosis ialah sesuatu yang mencabar dan keberkesanannya tidak seratus peratus, maka saudari perlu berjumpa pakar untuk kaunseling.




Read more »

[WAJIB BACA] KAFIEN PUNCA SUSU IBU KERING



[WAJIB BACA] KAFIEN PUNCA SUSU IBU KERING

Kebanyakan wanita merasa terganggu dan risau bila mengenangkan kisah dan cerita ibu mereka yang menghadapi masalah bersalin dan penyusuan. Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah fizikal yang akan menghalang dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil. Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadi. Kebanyakan masalah yang wujud pada awal-awal minggu penyusuan adalah sementara. Masalah ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi stabil. Bekalan susu yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.
Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa. Bekalan susu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan, mengehadkan masa penyusuan dan kedudukan penyusuan yang tidak betul. Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari. Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih daripada itu. Semakin kerap bayi menyusu semakin cepat payu dara anda 'kosong' dan semakin banyaklah susu dihasilkan. Kebanyakan bayi akan mengambil masa selama 30 hingga 40 minit untuk setiap penyusuan.
Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga dia sendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.
Beberapa faktor menyebabkan susu tidak mencukupi seperti merokok, mengambil kafein berlebihan (mengambil lebih daripada lima cawan kopi sehari), penggunaan ubat penenang, antihistamina atau pil perancang keluarga.
Bayi juga boleh menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan susu. Mungkin bayi menghadapi masalah menghisap susu ibunya (biasanya ia bersifat sementara).


Read more »

[MESTI BACA] Keputihan Atau Air Ketuban



[MESTI BACA] Keputihan Atau Air Ketuban

Keputihan atau lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan, iaitu pengeluaran lelehan pekat, berwarna putih seperti krim, terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda, merasa sakit apabila bersama suami dan rasa sakit apabila membuang air kecil, simptom sebegini adalah disebabkan jangkitan.
Lelehan yang keluar dari faraj mungkin disebabkan lendir atau keputihan dan juga air ketuban yang pecah.

PUNCA
Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada di dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita atau secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.
Namun, ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro organisma lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat. Seseorang wanita juga mudah mengalami masalah ini jika anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.

BERJUMPA DOKTOR
Jika anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenal pasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti sama ada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal.
Doktor anda mungkin akan memberi ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu memberikan apa-apa ubat pada ketika itu.
Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu sama ada ia selamat diambil ketika hamil.

KESAN KE ATAS BAYI
Bayi anda selamat dan terlindung di dalam rahim dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim. Jika bayi yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payu dara anda juga.
Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak selesa, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan sangat.




Read more »

[WAJIB BACA] BAHAYA MINYAK MASAK





[WAJIB BACA] BAHAYA MINYAK MASAK

MENURUT Pakar Pemakanan dari DEMC Hospital Shah Alam, Siti Nurhayati Ali, penggunaan minyak masak dalam menyediakan hidangan bagi tumisan mahupun gorengan perlu dihadkan dalam masakan seharian apatah lagi sekiranya minyak yang digunakan itu telah dipakai berulang kali.
Katanya, semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang mencemar udara dan boleh masuk ke dalam sistem pernafasan manusia.

Sisa toksik ini juga tertinggal di dalam minyak ketika menggoreng. Oleh itu, semakin kerap minyak masak digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik yang terkumpul.
Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.

"Apabila seseorang makan makanan itu, ia mengundang masalah-masalah kesihatan yang serius seperti penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.
"Oleh kerana itu, sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja.

"Itupun bergantung kepada perubahan struktur atau kelikatan warna minyak berkenaan," kata Siti Nurhayati.
Beliau menambah, sekiranya minyak berkenaan telah bertukar warna dan kelikatannya, kelihatan kehitaman atau perang kehitaman, minyak berkenaan sebenarnya tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibuang.

Siti Nurhayati juga menjelaskan minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang.
Ini kerana darah haiwan yang bercampur ke dalam minyak berkenaan akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
"Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, kuih-muih dan sebagainya.

"Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang," katanya.
Siti Nurhayati mengakui, disebabkan mahu mengurangkan kos, kebanyakan peniaga akan menggunakan minyak masak berulangkali.
Sekiranya peniaga perlu juga menggoreng dalam minyak yang sama, gorengan berkenaan perlu dilakukan dengan cepat dan tidak perlu direndam (di dalam minyak) terlalu lama.
"Sebagai pengguna, kita perlu lebih peka dengan makanan yang dibeli dan perlu bersikap memilih terhadap gerai atau kedai makanan. Jika berkesempatan lihat dahulu sama ada minyak yang digunakan adakah telah bertukar kehitaman.

"Ini kerana minyak yang digunakan berulangkali akan bertukar menjadi gelap akibat pembentukan karbon. Minyak ini berbahaya kerana mengandungi bahan toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonel yang tinggi," katanya.
Siti Nurhayati menambah, bukan hanya minyak yang hangus sahaja membahayakan malah makanan yang hangus seperti contoh sate, roti bakar, charkueytiau atau apa sahaja makanan yang bewarna hitam akibat sisa hangus adalah tidak elok kerana mengandungi HNE.
Pengambilan makanan hangus untuk jangka masa panjang boleh mengundang penyakit keradangan dan kanser di dalam badan.

Siti Nurhayati menerangkan, pada asasnya minyak masak terdiri daripada lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu pula terdiri daripada dua bahagian iaitu lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.

Minyak kelapa sawit merupakan lemak tepu namun kebaikkannya adalah stabil digunakan untuk masakan yang memerlukan suhu yang tinggi atau masakan minyak penuh (deep fried) seperti menggoreng ayam dan daging.
"Minyak zaitun sebagai contoh adalah minyak mono tidak tepu. Minyak ini baik kerana ia mudah terurai dan akan meningkatkan kolesterol baik dalam badan.
"Contoh-contoh minyak mono lain adalah minyak kacang, minyak badam, minyak avokado dan minyak bunga matahari. Minyak-minyak ini juga mempunyai omega 3 dan 6 yang diperlukan oleh badan.

"Walaubagaimanapun, minyak tidak tepu ini tidak sesuai digunakan untuk masakan yang memerlukan jangka masa yang lama atau terdedah kepada suhu yang terlalu tinggi kerana minyak ini akan cepat hangus," katanya.
Siti Nurhayati menyarankan agar setiap isi rumah mempunyai dua jenis minyak masak iaitu minyak kelapa sawit dan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu.
Gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng atau deep fry manakala gunakan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu seperti minyak zaitun untuk menumis atau dijadikan sos salad (salad dressing).

Namun apa pun makanan bergoreng perlu dihadkan kepada tiga kali seminggu manakala bagi hari-hari lain pilihlah cara masakan yang lebih sihat seperti sup, kukus, panggang dan gril. Apabila minyak digunakan terlalu banyak ia juga sebenarnya penyumbang kepada masalah kegemukan badan dan kolesterol yang tinggi. 

1 gram (gm) minyak = 9 kalori
berbanding 1 gm karbohidrat = 5 kalori

1 sudu makan minyak = 15 gram sebab itu 1 sudu makan minyak = 15 gram x 9 kalori = 135 kalori

Cuba bayangkan sekiranya minyak yang digunakan dalam jumlah yang banyak.

Agaknya berapa ratus atau ribu kalori yang kita serap setiap kali makan makanan yang bergoreng?


 sumber 

Read more »

[PETUA] Rawat Pecah Kulit Di Perut




[PETUA] Rawat Pecah Kulit Di Perut

Selepas bersalin, perut ibu akan berubah dan jadi pecah-pecah kulit. Jadi anda boleh mengamalkan beberapa petua yang mampu kembalikan perut anda seperti asal.

Salah satu cara ialah amalkan menyapu minyak zaitun di perut tiap-tiap malam sebelum masuk tidur.

Anda juga boleh guna cara dengan perahkan air limau nipis ke atas sedikit kapur sirih. Bancuh sehingga sebati lalu disapu ke perut. Kemudian balut dengan barut. Lakukan setiap kali selepas mandi.

Petua lain, anda boleh ramas sedikit asam jawa dengan kapur atau ragi. Campurkan sedikit air dan gaul sehingga sebati. Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.

Selain itu ibu-ibu boleh juga rebus secupak asam gelugur bersama secupak garam sehingga hancur. Ambil asam gelugur hancur tadi, pupukan ke perut kemudian barut. Amalkan selama 44 hari.

sumber; facebook
Read more »

[PETUA] Hafiz Minum Kicap Pekat!


[PETUA] Hafiz Minum Kicap Pekat!

PENCAPAIANNYA dalam industri muzik tempatan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Kemerduan dan kelantangan suara yang dimiliki penyanyi remaja, Hafiz Suip nyata mampu membawa karier nyanyiannya sehingga ke tahap yang membanggakan.

Bagi meneruskan kejayaan itu, Hafiz kini tampil dengan buah tangan terbarunya berjudul Luahan Hati Anak Seni, yang merupakan album ketiganya.

Album yang berkonsep 'mini magazine' ini mempertaruhkan sembilan buah lagu ciptaan komposer dan penulis lirik hebat Malaysia dan Indonesia seperti Ajai, LY dan Baiduri, Kuncidemak, serta Satriyaa Anggun.

"Secara keseluruhannya, genre lagu-lagu yang terkandung dalam album ini adalah balada. Penghasilan album ini adalah khas buat peminat yang tidak pernah jemu menyokong karier saya.

"Selain peminat, saya turut menghargai sokongan keluarga yang sentiasa membantu saya sejak awal. Oleh itu, dengan penghasilan album ini saya mahu dikenali sebagai Hafiz Suip kerana mahu berkongsi kejayaan ini bersama mereka," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran albumnya, kelmarin.

Tambah Hafiz, banyak pengalaman dan cabaran baru yang ditimba sepanjang proses penghasilan album tersebut dijalankan. 

"Gara-gara demam dan tiada suara semasa proses rakaman di Indonesia, atas cadangan krew di sana saya terpaksa minum kicap pekat yang dicampur dengan perahan limau nipis.

"Alhamdulillah, petua itu berkesan dan saya dapat sempurnakan proses rakaman dengan baik," katanya tersenyum gembira.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah Bahagiamu Deritaku, Mungkinkah, Hanya Ingin Kau Cinta, Deklamasiku, Kesimpulan, Patah Hati, Satu Cerita, Muara Hati dan Matahari.

Walaupun telah berjaya menghasilkan dua album sebelumnya, nyata kemunculan Luahan Hati Anak Seni kali ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri apabila Hafiz telah menyumbang dua buah lagu ciptaannya sendiri.

"Dalam album ini saya ada cipta dua buah lagu iaitu Deklamasiku dan Mungkinkah. Saya akui penghasilan dua lagu ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri.

"Boleh dikatakan semua lagu yang ada dalam album ini adalah luahan hati saya sendiri tentang pengalaman hidup dan pengalaman pahit saya dalam bercinta," jelasnya.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/
Read more »

[EKSLUSIF] Evolusi Medan Kutub Bumi

Keratan akhbar Sinar Harian 

[EKSLUSIF] Evolusi Medan Kutub Bumi

CUACA tidak menentu sejak akhir-akhir ini mencetuskan pelbagai spekulasi dan turut menjadi topik hangat yang sering diperkatakan oleh pengguna laman sosial.

Selain itu, ada juga pihak tidak bertanggungjawab bertindak menyebarkan mesej berantai berhubung pelbagai teori perubahan cuaca ekstrem pada masa ini hingga menyebabkan masyarakat mudah percaya tanpa mengambil kira fakta sains.

Dakwaan salji turun di negara beriklim tropika, Indonesia juga adalah satu lagi laporan berita palsu pihak tidak bertanggungjawab untuk mencemaskan masyarakat selepas insiden penurunan salji di Vietnam dan Mesir.

Fenomena salji di Malaysia juga adalah satu perkara mustahil walaupun cuaca sejuk luar biasa sedang melanda negara ini.

Hal ini kerana, Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa yang mempunyai dua musim sepanjang tahun.

Sebelum ini, isu anjakan kutub bumi yang dikaitkan dengan hari kiamat juga heboh di kebanyakan blog, namun wujud pertikaian berhubung kebenaran perkara itu.

Bagaimanapun, teori sains yang dijelaskan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) ini diharap dapat merungkai kekeliruan paparan sebelum ini.


Medan magnet bumi pernah menyongsang

Menurut saintis, medan magnet bumi sebenarnya menyongsang beberapa kali sejak beribu tahun lalu.

Dalam kata lain, jika manusia hidup kira-kira 800,000 tahun lalu dan memegang kompas di tangan mereka, ia akan menunjuk ke arah selatan.

Ini kerana, kedudukan kompas magnetik ditentukan berdasarkan kutub bumi dan arah Utara-Selatan akan berubah 180 darjah jika kutub medan magnet terbalik.

Persoalannya kini adalah, adakah keadaan tersebut akan memberi kesan dramatik?

Hasil daripada rekod fosil dan geologi diperoleh daripada ratusan tahun ketika berlakunya penyongsangan kutub menunjukkan ia sebenarnya tidak memberi kesan dahsyat seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Proses penyongsangan kutub adalah satu peraturan alam yang tidak dapat dielakkan sejak 20 juta tahun lalu dan ia berlaku setiap 200,000 hingga 300,000 tahun sekali.

Bagaimanapun, kutub tidak menyongsang sepenuhnya kerana medan magnet saling menarik dan menolak antara satu sama lain, di mana beberapa kutub turut muncul pada latitud pelik ketika proses tersebut.

Saintis meramalkan proses pembalikan terbabit telah berlaku beratus kali sejak lebih tiga bilion tahun lalu, namun ia dikatakan berlaku lebih kerap atau setiap sejuta tahun sekali selepas Zaman Dinosaur.       
         

Tiada perubahan drastik pada flora, fauna

Kajian ke atas aktiviti medan magnet dan rekod fosil diperoleh dari endapan teras pada permukaan laut dalam dikatakan boleh memberi penjelasan kepada saintis berhubung perubahan kutub magnetik.

Medan magnet bumi ditentukan berdasarkan pemagnetan lava kerana ia berada di dasar laut di Rabung Tengah Atlantik, di mana benua Amerika Utara dan Eropah berpecah.

Difahamkan, lava membeku itu sebenarnya mampu mewujudkan rekod orientasi medan magnet pada masa lalu seperti bunyi rekod pita rakaman.

Kali terakhir kutub bumi menyongsang adalah kira-kira 780,000 tahun lalu yang turut digelar saintis sebagai pembalikan Brunhes-Matuyama.

Rekod fosil menunjukkan proses tersebut tidak memberi perubahan drastik terhadap flora dan fauna.

Selain itu, endapan teras pada zaman terbabit juga tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam aktiviti glasier berdasarkan jumlah isotop oksigen pada permukaan tersebut.

Keadaan itu membuktikan proses penyongsangan kutub tidak akan menjejaskan putaran paksi bumi walaupun kecondongan paksi bumi memberi kesan besar kepada iklim dan pengglasieran.      
    
Proses penyongsangan kutub juga sebenarnya tidak tetap dan ahli geofizik agak pasti bumi mempunyai medan magnet kerana teras besi padunya dikelilingi lautan cecair logam panas.

Aliran cecair besi di dalam teras bumi mencipta arus elektrik yang seterusnya mewujudkan medan magnet. 
     
Saintis dapat mengukur pergerakan dalam teras dengan memerhatikan perubahan di dalam medan magnet,

Menurut kajian mereka, kutub magnet bumi telah berganjak pada jarak lebih 1,100 kilometer (km) sejak awal abad ke-19.

Bagaimanapun, anjakan tersebut didakwa berlaku lebih cepat pada masa ini dengan anggaran jarak kira-kira 64 km setahun berbanding kira-kira 16 km setahun pada awal abad ke-20.


Medan magnet tidak hilang

Satu lagi hipotesis mengenai penyongsangan kutub mengandaikan proses itu akan menyebabkan bumi kehilangan medan magnet yang berfungsi sebagai pelindung daripada ribut solar.

Saintis mendakwa medan magnet sememangnya boleh berubah-ubah tetapi tidak ada sebarang petunjuk bahawa ia akan hilang sepenuhnya.

Medan magnet yang lemah akan menyebabkan peningkatan jumlah kecil radiasi solar tetapi kesan itu tidak membawa maut kerana atmosfera tebal bumi mampu memberi perlindungan terhadap kemasukan zarah matahari secara terus.     

Kajian sains menunjukkan penyongsangan kutub magnet dari skala masa geologi adalah satu fenomena yang biasa berlaku sejak ribuan tahun lalu.

Bagaimanapun, keadaan yang menyebabkan proses itu berlaku tidak dapat diramalkan sepenuhnya kerana sebagai contoh gerakan kutub utara mungkin boleh bertukar haluan.

Rekod geologi berusia jutaan tahun juga menunjukkan pembalikan kutub tiada kaitan dengan senario hari kiamat seperti yang dihebohkan banyak pihak dengan tujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat pada ketika ini.


INFO

- Berlaku setiap 200,000 hingga 300,000 tahun sekali.

- Kutub magnet bumi berganjak kira-kira 64km setahun pada masa ini.

- Pembalikan Brunhes- Matuyama berlaku kira-kira 780,000 tahun lalu.



Sumber: http://www.sinarharian.com.my/
Read more »

[MESTI BACA] KHASIAT MADU UNTUK KESIHATAN




[MESTI BACA] KHASIAT MADU UNTUK KESIHATAN

Lebih 80 tahun lalu, madu adalah penawar yang sering digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Apabila manusia beralih ke rawatan moden, kehebatan madu mula dilupakan sedikit demi sedikit.

Bagaimanapun, zaman kegemilangannya kembali semula lantaran tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat mengenainya. Bukan setakat kesihatan malah ia cukup berguna dalam bidang kecantikan. Namun begitu ada juga lagi khasiat madu yang mungkin kurang disedari,antaranya:-

MERAWAT & MENGUBAT LUKA

Berabad tahun lamanya, madu telah digunakan untuk merawat luka. Kandungan glukosa dan enzim di dalamnya telah menghasilkan oksidase glukosa. Dalam keadaan yang tepat, oksidase glukosa mampu memecahkan glukosa madu menjadi hidrogen peroksida iaitu zat yang bersifat seperti antiseptik kuat. Perlu diingat bahawa tindak balas seperti ini tidak boleh terjadi ke atas madu yang diletakkan dalam bungkusan.

MENGHILANGKAN PARUT

Kandungan enzim, serbuk sari, vitamin serta mineral yang terdapat dalam propolis berupaya merangsang pertumbuhan sel-sel baru. Ini bermakna, apabila diaplikasikan pada luka terbakar, madu akan mempercepatkan proses penyembuhan sekali gus mengurangkan masalah parut.

AWET MUDA

Asid glukonat dan beberapa jenis asid organik ringan yang terdapat dalam madu membantu melonggarkan ikatan sel-sel kulit mati hingga mampu mengurangkan masalah kulit kendur, garis penuaan, menyeimbangkan minyak seterusnya meningkatkan keanjalan kulit. Kandungan gula dan asid amino yang seimbang membantu mempertahankan kelembapan kulit.

KANDUNGAN ANTIOKSIDAN YANG TINGGI

Bahan antioksidan yang tinggi dalam madu secara tidak langsung mempertahankan tubuh daripada serangan radikal bebas. Antioksidan yang dikenali sebagai ‘pinocembarin’ menjadikan tubuh lebih sihat, bertenaga dan terhindar daripada penyakit.

KURANGKAN KOLESTROL & GLUKOSA

Faktor utama yang membuatkan madu kurang digemari adalah kerana rasanya manis. Meski pun lebih manis daripada gula tetapi indeks glikemiknya rendah kerana diserap ke dalam aliran darah secara berperingkat.

Madu juga boleh dijadikan alternatif sebagai pemanis yang selamat bagi menggantikan gula atau gula tiruan. Dalam beberapa kajian, madu berupaya menurunkan glukosa darah. Kandungan mineral dan vitamin semula jadi di dalamnya juga membantu mengurangkan kolesterol buruk di dalam tubuh.

sumber: facebook
Read more »

[EKSLUSIF] Kisah Batu-Batu Yang Aneh


[EKSLUSIF] Kisah Batu-Batu Yang Aneh

Dalam sebuah hadith menceritakan pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu.

Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah salah satu rukun haji. Bahkan wukuf di Arafah disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seseorang itu berwukuf di Padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.

Sabda Rasulullah SAW :

"Alhajju Arafat" (Haji itu di Arafah).

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :

"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya.

Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat.

Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan.

Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.

Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya.

Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut.

Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya.

Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya.

Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah ALLAH berfirman yang bermaksud :

"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."

Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

Sumber: nur-addin.blogspot.com
Read more »

[ MESTI BACA] Ragam Manusia Zaman Sekarang


[MESTI BACA] Ragam Manusia Zaman Sekarang



KAHWIN HANTARAN MURAH 
☞ Ish! Murahnya hantaran dia, ni mesti bakal menantu dia sengkek ni!

KAHWIN HANTARAN MAHAL 
☞ Ish! Mahalnya? Nak jual ke anak apa?! Mesti nak menunjuk hantaran anak dia mahal.

KAHWIN UMUR MUDA 
☞ Ish! Muda-muda dah kahwin, ni mesti ade buat benda tak baik ni. Ntah-ntah dah ada isi kot!

KAHWIN DI LEWAT USIA 
☞ Ish! Dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen. Kesian, tak laku kot!

KAHWIN MAJLIS KECIL 
☞ Ish! Ni majlis kahwin ke ape? Kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sikit!

KAHWIN MAJLIS BESAR 
☞ Ish! Besarnye majlis. Kalah anak DATUK. Nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!

BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA.

sumber: facebook
Read more »

[MESTI BACA] MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT?




[MESTI BACA] MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya
Wanita ini akan kekal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

sumber: facebook
Read more »

[MESTI BACA] Mengandung Dan Serangan Asma





[MESTI BACA] Mengandung Dan Serangan Asma

Ada sesetengah pesakit asma akan menjadi semakin kronik sewaktu mengandung. Benarkah kenyataan tersebut? Sebenarnya jika sakit asmanya tidak dikawal, ia akan menjadi lebih teruk lagi dan boleh meninggalkan kesan buruk kepada kandungan.

Asma boleh memberi kesan kepada satu hingga empat peratus wanita mengandung. Secara umumnya, lebih kurang 1/3 wanita yang ada asma merasakan asma yang dihidapi menjadi semakin baik ketika hamil, tetapi kira-kira 1/3 lagi menjadi semakin teruk manakala 1/3 selebihnya tidak mengalami sebarang perubahan.

Biasanya asma menjadi teruk di antara trimester kedua dan ketiga kehamilan. Kemudian menjadi bertambah baik beberapa minggu sebelum melahirkan bayi. Oleh itu penghidap asma yang hamil perlu mengawal asma terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk hamil.

Ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah jika asma menjadi lebih teruk apabila wanita sah mengandung. Masalah ini biasanya berlaku disebabkan sikap wanita sendiri yang takut untuk mengambil sebarang jenis ubat asma sepanjang kehamilan. Alasannya, mereka bimbang ia akan memudaratkan bayi dalam kandungan.

Tanpa disedari, sikap sebegini sebenarnya menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Sekiranya mana-mana wanita hamil menghentikan pengambilan ubat tanpa nasihat doktor sewaktu hamil, ia akan lebih memudaratkan berbanding jika mereka mengambil ubat.

Asma adalah sejenis penyakit paru-paru yang kronik. Ia akan sentiasa ada. Yang membezakannya cuma tahap teruk atau sebaliknya seseorang itu. Asma akan menjadi kronik jika paru-paru wanita terbabit terlebih respon terhadap apa-apa jenis perangsang seperti habuk, debunga, bulu binatang, asap, hama dan lain-lain lagi.

Anak yang lahir daripada ibu yang mengalami masalah asma berkemungkinan untuk turut menghidap penyakit yang sama. Peratusannya ialah antara enam hingga 30 peratus.

sumber: facebook
Read more »

[WAJIB BACA] Ringkasan Dari "AURAT KETIKA BERSALIN" Dari Semanis Kurma TV9




[WAJIB BACA] Ringkasan Dari "AURAT KETIKA BERSALIN" Dari Semanis Kurma TV9

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Lagi satu pesanan mereka dalam Semanis Kurma TV9, dlm keadaan isteri dh SAKIT sangat, hilang punca, taleh berpikir maka :

1. PERANAN SUAMI sgt penting dan mustahak
suami yg kena bt keputusan utk aurat dan maruah isteri.

2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad, LR dll...
> tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek, menyusu ikut dan. ada juga staff lelaki, pemberi makanan yang lelaki dll yg keluar masuk wad

3. WAJIB WAJIB WAJIB ada MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yg mengizinkan aurat terbuka.
> Pertama SUAMI
> kedua SAUDARA PEREMPUAN
> ketiga nurse perempuan

p/s : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang seterus-seterusnya. Untuk yang telah berlalu dlm keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dsbnya maka bartaubat dan muhasabah diri. Insya Allah DIA murah dengan keampunan..

sumber: facebook
Read more »

[EKSKLUSIF] Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung

heliza

[EKSKLUSIF] Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung | Bertudung bukanlah alasan untuk mengabaikan penjagaan rambut. Lebih-lebih lagi selepas mahkota wanita itu dibiarkan tertutup melebihi lapan jam sehari.

Bagi yang bertudung, penjagaan rambut yang rapi adalah sangat penting kerana aliran udara yang tidak sempurna boleh merosakkan kesihatan rambut. Berikut tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung yang boleh diamalkan.

1. Tak Seharusnya Cuci Rambut Setiap Hari
Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai. Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering. Cuci rambut juga perlu pilih syampu yang sesuai. Bab ni akan kita sentuh dalam tips #5. kalau yang rasa tak selesa & perlu cuci setiap hari, pilih syampu yang berasaskan herba. Cuci rambut sebelah petang atau malam, selepas balik kerja atau outing siang hari.

2. Keringkan Rambut Secara Semulajadi
Tak kira lah panjang mana sekali pun rambut, rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

Elak mengikat rambut ketika basah. Kalau nak cepat keringkan rambut, boleh guna pengering rambut yang jenis tak panas, atau last option boleh gunakan kipas angin sambil jari-jemari tu digunakan untuk meleraikan rambut yang basah secara perlahan-lahan.

3. Pilih Kain Tudung Yang Lembut
Pilih fabrik lembut untuk tudung. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tak sesuai sebab mudah memerangkap haba dan buatkan kulit kepala kita cepat berpeluh.

Kalau selesa, elakkan pakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa supaya rambut tak terkeluar.

4. Rehat Dulu
Bila sampai je di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala “bernafas” terlebih dahulu. Rehat dalam masa 1/2 jam untuk peluh di kulit kepala kering. Sebaiknya, buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

Just rileks dan berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja yang berat kerana ianya akan berpeluh. Kalau ada air-cond lebih baik! Switch on aircon dan berbaring sebentar. Badan pun dapat berehat, dan kulit kepala pun kering daripada peluh!

5. Cari & Pilih Syampu Yang Sesuai
Syampu memang kena cuba untuk cari yang sesuai dengan rambut & kulit kepala kita. Bagi kak aina yang paling penting pilih yang berasaskan herba dan semula jadi. Elakkan guna yang mengandungi banyak bahan kimia. Tapi apapun, ada guideline asas untuk pilih syampu jenis apa yang sesuai dengan jenis rambut kita.

6. Atasi Masalah Rambut Secepat Mungkin Jika Ada
Biasanya pakai tudung ni kadang-kadang boleh mendatangkan bau yang tak berapa best sebab faktor kelembapan, terutamanya untuk orang yang cepat berpeluh.

Apapun masalah yang dialami, sentiasa peka dengan keadaan rambut & jangan pandang remeh dan berharap masalah itu akan hilang dengan sendirinya. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika kita sendiri tak mencari penyelesaiannya.

Kalau tak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, boleh gunakan produk rawatan rambut herba yang ada di pasaran. Tapi pastikan dulu ianya herba dan halal, dan paling penting berkesan. Jangan main cuba-cuba sebarangan takut daripada nak jadi elok jadi lebih teruk pula.
Read more »

[MESTI BACA] Minuman Berkafein Bolehkan Diambil Ketika Hamil?



[MESTI BACA] Minuman Berkafein Bolehkan Diambil Ketika Hamil?


Ramai yg masih keliru tentang pengambilan kafein sepanjang waktu kehamilan. Bagi mereka yg ketagih teh, kopi & minuman bergas, tentu akan berasa sukar utk meninggalkan minuman ini. Ada yg mengatakan minuman itu boleh diambil sepanjang kehamilan, tetapi memadai satu cawan satu hari. Ada kajian yg mengatakan mereka yg kerap mengambil kafein sehingga melebihi 300mg sehari, mempunyai risiko mengalami keguguran, kemungkinan lahir tidak cukup bulan atau bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Sbb2 mengapa anda perlu menghindari minuman yg mengandungi kafein adalah:

a) kafein akan meningkatkan degupan jantung serta metabolisma anda,
b) sukar tidur
c) anda akan sentiasa berasa cemas
d) sakit kepala
e) pedih ulu hati
f) kafein yg bersifat diuretic akan menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil
g) anda akan kehilangan kalsium
h) kafein yg berlebihan akan menyebabkan tubuh sukar menyerap zat besi. (zat besi amat diperlukan semasa kehamilan)

Perkara2 di atas amat jelas bagi membuatkan anda mengambil kafein dlm jumlah yg berlebihan. Selain teh kopi dan minuman bergas, kafein juga boleh didapati dalam coklat juga beberapa jenis ubat sakit kepala, selsema dan alergi. Tentu sekali makanan2 ini tidak mempunyai khasiat yg baik bg anda juga kandungan anda. Elakkan mengambil minuman berkafein & berubahlah kepada minuman seperti air suam, susu & jus buah2an, kerana minuman sebegini amat berkhasiat utk anda & bayi.

sumber: facebook
Read more »

[EKSLUSIF] 10 Mutiara Kata Untuk Bakal Ibu



[EKSLUSIF] 10 Mutiara Kata Untuk Bakal Ibu

1. Bayi memerlukan sentuhan fizikal khususnya pada mingu-minggu pertamanya.

2. Bayi baru lahir sentiasa tidur, anda hendaklah sentiasa di sisinya ketika dia jaga.

3. Jangan bimbang bayi tak akan patah. Bayi lebih kuat daripada yang anda sangkakan.

4. Untuk merangsang pengeluaran susu, and perlu menyusu bayi anda dengan kerap.

5. Refleks hisapan dan tindakan menghisap semulajadi bayi akan menggalakkan pengeluaran hormon oksitoksin yang akan bertindak mengecutkan uterus dan mengeluarkan plasenta.

6. Bayi berupaya mengenali suara bapanya dengan cepat sekiranya bapa selalu bercakap dengan bayi itu ketika dia masih dalam kandungan.

7. Ibu dan bapa selalu bersama-sama mendakap bayi ke badan supaya bayi dapat merasa dan mendapat bau kulit selain mendengar degupan jantung anda berdua.

8. Bayi paling gembira bila mendapat dakapan dan mendengar degupan jantung anda.

9. Jangan cemas jika bayi anda ketika lahir kuat menangis, inilah yang anda ingin dengar.

10. Udara yang dihirup bersama tangisan membantu bayi membuka saluran pernafasannya.

sumber: facebook
Read more »

[MESTI BACA] RAHSIA SURAH AL-FATIHAH




[MESTI BACA] RAHSIA SURAH AL-FATIHAH 

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepaskan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan.

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

* SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

Wallahualam...

sumber: facebook
Read more »

[WAJIB BACA] Khasiat Emas Cotek



[WAJIB BACA] Khasiat Emas Cotek 

1. Air rebusan daunnya yang telah dikeringkan dan diminum untuk menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf serta mengekalkan keayuan serta awet muda.

2. Air rebusan daun dan batangnya yang telah dikeringkan diminum untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk wanita baru lepas bersalin.

3. Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.

4. Herba mas cotek dipercayai dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaum wanita seperti keputihan dan membantu menambah tenaga. Antaranya penyakit yang dapat dibantu:

1.    Mengeluarkan toksin dalam badan
2.    Melancarkan perjalanan darah
3.    Sakit urat saraf
4.    Gout
5.    Kencing manis
6.    Membuang kolestrol dan lemak
7.    Migraine /sakit kepala
8.    Paru-paru berair
9.    Sakit puan
10.  Senggugut
11.  Sakit pinggang
12.  Keletihan
13.  Masalah tidur
14.  Rangsangan hormon lelaki
15.  Merapatkan pintu rahim
16.  Sakit lutut
17.  Mencantikkan dan melicinkan kulit
18.  Demam/ Selesema          

sumber: facebook

Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine