Menerjah Ke ALAM DINOSAUR di Dinoscovery, Avenue K, KUALA LUMPUR


Menerjah Ke ALAM DINOSAUR di Dinoscovery, Avenue K, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum. Sedikit ni Cikma nak ceritakan pasal Dinasaur. Maklumat ni Cikma ambil daripada Mr. Wiki, hehehehe.

Dinosaur merupakan haiwan reptilia yang mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada zaman Mesozoik yang merupakan "Zaman Dinosaur". Perkataan "dinosaur" bermaksud "cicak yang dahsyat" dalam bahasa Greek dan pertama digunakan oleh Dr Richard Owen untuk menggelarkan haiwan-haiwan ini pada tahun 1842. Bukan semua haiwan yang hidup pada zaman prasejarah itu dianggap sebagai dinosaur.

Dinosaur juga terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Saiznya berbeza daripada 30 meter panjang (100 kaki) dan 15 meter tinggi (50 kaki) sehingga saiz seekor ayam. Kehidupan dinosaur juga berbagai-bagai. Ada spesies yang hidup dalam kawanan dan ada yang hidup bersendirian. Ada yang makan daging dan ada juga yang makan tumbuh-tumbuhan.

Dinosaur mempunyai ciri-ciri pembiakan seperti burung, iaitu membuat sarang, bertelur serta menjaga anak. Telur dinosaur berkulit keras. Telur ini ditimbus di dalam sangkak yang dibuat daripada ranting-ranting kayu, tumbuhan kering ataupun daripada lumpur. Telurnya juga boleh ditimbus di dalam lekuk di atas tanah yang dilindungi dengan tumbuhan atau pasir.

Pengelasan dinosaur

Setiap jenis dinosaur dikenali sebagai spesies, dan beberapa spesies membentuk genus. Satu spesies berserta jurai lelurur dan keturunannya membentuk kumpulan yang dikenali sebagai clade. Diagram cladogram pula menggambarkan beberapa clade yang diketahui. Sebagai contoh, Tyrannosaurus rex termasuk dalam clades semakin besar dari Tyrannosaurus, tyrannosaurs, coelurosaurs, tetanurans, theropods, dan saurischians.



Baru-baru ni, CikMa berpeluang untuk merasai satu pengalaman yang baharu apabila CikMa sekeluarga dapat berpeluang untuk mengembara dan berkenalan dengan Dinosaur di Dinoscovery, Avenue K, Kuala Lumpur.



Terima Kasih Destination Malaysia, Paris & Lan Careno kerana memberi peluang kepada CikMa dan keluarga untuk merasai sendiri pengalaman ni. Bertempat di Avenue K, Kuala Lumpur, CikMa bersama suami & anak teruna telah dapat ke sana. Kiranya ni sesi khas kerana CikMa pergi bersama-sama dengan Blogger-blogger hebat tau. Antaranya Lan Careno, Dauz Redscarz, JMR, Angah Judin dan lain-lain. Mr Suami, Que Achmad pun ada jugak, hehehhee. Of Course lah, hehehhe.

Pertama sekali, CikMa sekeluarga telah dibekalkan dengan Vest Pengembaraan. Dengan memakai 'vest' Ahli Paleotology, maka bermulalah kembara kami.... CikMa taknak menulis banyak dalam entri ni. Apa yang Cikma nak kongsikan hanya CikMa dapat luahkan dengan gambar-gambar keterujuaan CikMa dalam mengikuti pengembaraan ke alam dinasaur ni je. Jom bersama-sama Cikma...

kredit: Lan Careno
Kalau korang semua nak tahu, semua Dinosaur yang ada kat Dinoscovery ni dibuat pada skala saiz sebenar. Siap ada bunyi Dino sebenar lagi. Menarik kan... Korang takkan menyesal tau kalau korang datang ke sini. Korang akan dapat banyak pengetahuan yang berguna tentang binatang zaman PraSejarah ni.


Anak teruna CikMa pun tak nak lepaskan peluang untuk sama-sama mendapatkan info tentang Dinosaur di Dinoscovery ni. Tersengeh je dia sepanjang masa. Alhamdulillah, Tengku Ean Rifqee tak meragam langsung semasa di Dinoscovery sb dia sangat suka.


Mr Suami, Que Achmad pun apa lagi, teruja sama, hehehhe

saiz sebenar tau

Tengku Ean Rifqee juga tidak ketinggalan dapat pakai jugak Vest Dinoscovery. Walaupun saiz vest tu besar sikit daripada badannya, hehehhe. Takpelah, janji dapat pakai tu pun dah kira marvellous dah, hehehhehe


Sempat bertenggek di bawah T-Rex dan bergambar. Kalaulah di alam nyata, apa agaknya dah jadi pada CikMa & Tengku Ean Rifqee ek? hehehhehe


Dapat sentuh Dino woooo, hebat betul.


Melangkah masuk je di Dinoscovery ni, akan ada pelbagai aktiviti yang menarik untuk korang dan anak-anak boleh lakukan. Bukan setakat dapat tengok dino, tapi korang juga boleh buat aktiviti yang pelbagai. Di setiap perhentian, ada diterangkan dengan jelas mengenai Dinosaur yang telah di pamerkan. Info berguna seperti ni korang tak akan dapat punya di tempat lain. Ni antara permainan yang korang semua boleh cuba di sini. CikMa dah cuba, korang bila lagi?


CikMa takut nak naik T-Rex ni. So, biarkan pada Mr Suami je lah, hehehheehe.


T-Rex je CikMa takut. Tapi yang ni, CikMa ok je. Aummmmmmm.....


Akhirnya, Tengku Ean Rifqee pun tertewas, tidur juga dia last-last pengembaraan kami.

Tengku Ean Rifqee pakai vest Dinoscovery

Dekat pintu keluar, terdapat Gift Shop dan ruang aktiviti bagi anak-anak korang melukis dan mewarna. Kat sini juga terdapat sebuah Cafeteria. Selesa bila di Dinoscovery ni sebab semua kemudahan ada disediakan dengan secukupnya.


Korang bolehlah ke Gift Shop untuk membeli gambar-gambar korang yang dirakam untuk dijadikan kenang-kenangan korang berkunjung di Dinoscovery Avenue K, Kuala Lumpur ni 


sempat posing lagi di Gift Shop, hehehhe
Cafeteria
Akhirnya, sebelum balik, kami semua dapat bergambar kenangan.... Alhamdulillah

Sesi bergambar sebelum balik. Kredit: Lan Careno
CikMa rekemenkan kepada sesiapa yang berminat untuk ke sini, bolehlah bawa keluarga dan anak-anak datang ke Dinoscovery ni. Pameran ni sehingga Mac 2015 je tau, jangan ketinggalan.

CikMa petik kata-kata Blogger Lan Careno, kat sini ada 15 aktiviti interaktif yang berunsurkan 'edutainment' iaitu mendidik sambil berhibur... harga tiket masuk adalah RM35 untuk kanak-kanak dan RM25 untuk dewasa... untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU harga tiket hanya RM19... Call 03-2181 7218 untuk info lanjut...

Kalau nak tahu banyak lagi info percutian menarik di Malaysia termasuk tempat tumpuan pelancong, pakej percutian, tempat penginapan, pusat membeli belah, acara-acara menarik yang berlangsung di Malaysia dan banyak lagi... korang boleh refer di website Destination Malaysia (klik) atau Facebook Destination Malaysia (klik)...

5 comments:

{ farhana mohamad } at: 19 December 2014 at 00:02 said...

wahh. best2
ololo.
comeynya ean!

{ syida } at: 30 December 2014 at 11:41 said...

macam best je..nanti bolehla bawak anak2 pegi...thx for sharing!

{ yoorin melacolea } at: 3 April 2015 at 13:52 said...

cambest je kak ma.. ritu pergi atas tengok rooftop je.. ^_^ comel baby pakai vest.. baby kena bayar x?

{ Izz Latif } at: 29 December 2015 at 16:07 said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

{ Dewi Aja } at: 13 January 2016 at 01:42 said...

Hello!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine