PUNCA ANAK MENANGIS DAN TEKNIK '5M'





PUNCA ANAK MENANGIS DAN TEKNIK '5M'

Assalamualaikum..

Tangisan adalah sinonim dengan bayi kerana itu satu-satunya cara mereka berkomunikasi dengan penjaganya..Penjaga pula haruslah peka dengan keadaan tersebut jangan cepat stress dan panik..CikMa pun tengah belajar sekarang mendalami ilmu-ilmu tangisan bayi ne melalui EanRifqee..huhuhu...dibawah ne CikMa ada kongsikan antara punca-punca bayi mengeluarkan tangisan merdunya..=)

•Lapar : Tidak dinafikan bahawa sering kali tangisan bayi dikaitkan dengan rasa lapar.bapa. Pastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Bagi bayi yang belum berusia 6 bulan, makanan yang dimaksudkan tentulah susunya. Para penjaga kenalah ambil tahu jadual minum susu anak agar anda tahu bilakah waktunya dia kena menyusu.

•Basah : Rasa tidak selesa akibat basah pun boleh menyebabkan bayi menangis. Oleh yang demikian, rajin-rajinlah periksa lampin bayi anda dan tukar lampin tersebut dengan kerap bagi mengelakkan punggungnya basah. Menjaga kebersihan bahagian lampin bayi sangat penting agar dapat mengelakkan masalah ruam yang akan membuatkan bayi rasa gatal dan tidak selesa.

•Tidak Selesa Dengan Persekitaran : Keadaan persekitaran juga sering mengganggu bayi. Suasana sekeliling yang terlalu bising dan sempit boleh menyebabkan bayi menangis. Bukan itu sahaja, suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk pun boleh mengganggu keselesaan bayi.

•Jatuh : Ada ibu bapa yang gemar menidurkan bayi mereka di dalam buaian. Amalan seperti ini terutamanya pada waktu malam tidak praktikal kerana macam-macam boleh berlaku di dalam buaian ketika anda sedang tidur. Salah satu perkara yang boleh berlaku ialah terjatuh. Bayi yang tidur lasak mudah terjatuh dari buaian lebih-lebih lagi jika dia dibiarkan tidur sendirian.

•Kembung : Bayi juga terdedah kepada masalah kembung perut. Masalah yang turut dikenali sebagai kolik ini akan menyebabkan bayi menangis dalam satu jangka masa yang panjang. terutamanya pada waktu petang. Biasanya untuk meredakan sakit perut yang dialami bayi, urut bahagian perutnya dengan lembut menggunakan minyak yang sesuai. Urut juga bahagian belakang tubuhnya. Selain daripada meredakan kesakitan yang dialami, urutan boleh menenangkan bayi.

Dibawah ne pulak CikMa kongsikan teknik '5M' untuk menghentikan tangisan bayi anda..

‘5M’ yang dimaksudkan itu merangkumi:


  1. Membedung, 
  2. Memeluk, 
  3. Mendiamkan, 
  4. Membuai, 
  5. Menghisap. 


‘5M’ melibatkan ‘membedung’ bayi dalam selimut seperti dalam kantung ibu, ‘memeluk’ erat dalam dakapan anda, ‘mendiamkan’ bayi dengan membuat pelbagai bunyi yang menarik perhatiannya, ‘membuai’ mereka seolah-olah dalam buaian atau menukar posisi baring mereka yang asal dan memberi puting untuk mereka ‘menghisap’ samada payudara si ibu atau puting botol susu. Dipercayai bayi sangat senang apabila dipeluk dan diberi susu ibu walaupun kadang-kadang mereka tidak minum. Mungkin tabiat bayi itu sangat memberi ketenangan bagi mereka untuk berhenti menangis.

http://pama.karangkraf.com/

4 comments:

{ ✿AINAA ROSEBERRY✿ } at: 27 August 2014 at 15:54 said...

Perkongsian yang bagus... nice!

{ yaya_flanella } at: 30 August 2014 at 00:45 said...

Nak jumpa ean omeyy nii

{ Noriza MiracleVitamins } at: 30 October 2014 at 13:09 said...

Baguih la perkongsian ilmu ni.boleh dimanfaatkan buat semua

{ Miela Asmila } at: 21 January 2015 at 21:15 said...

Perkongsian yang nenarik...thanks..dah lama xada baby..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine