[WAJIB BACA] Punca Dan Cara Melegakan Bengkak Susu




[WAJIB BACA] Punca Dan Cara Melegakan Bengkak Susu 


Ibu-ibu yang pernah kena bengkak susu mesti tahu betapa sakitnya bila kena. Sampai rasa nak demam dan nak menangis. Tapi tak tahu nak buat apa. Pertama sekali kita kena tahu kenapa bengkak susu ni terjadi.

~ Punca Bengkak Susu ~

Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat. 

Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:

1) Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra
2) Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
3) Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
4) Jangkitan yis
5) Stress
6) Tak cukup tidur
7) Salah cara lekapan bayi

Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.

~ Bagaimana Cara Melegakan Susu Tersumbat? ~

1) Susukan anak sekerap yang boleh
Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.

2) Cuba variasikan posisi penyusuan
Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar. Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.

3) Tuam
Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.

4) Berehat
Dapatkan rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.

5) Susukan anak yang lebih besar
Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.

6) Amalkan Lecithin dalam diet harian
Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.

7) Kuatkan imunisasi tubuh
Untuk mengelakkan demam, tingkatkan imunisasi dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

sumber: https://www.facebook.com





1 comments:

{ Sheila Salim } at: 12 March 2014 at 12:22 said...

Assalamualaikum awak. nice sharing...

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine