[PETUA] Rawat Pecah Kulit Di Perut




[PETUA] Rawat Pecah Kulit Di Perut

Selepas bersalin, perut ibu akan berubah dan jadi pecah-pecah kulit. Jadi anda boleh mengamalkan beberapa petua yang mampu kembalikan perut anda seperti asal.

Salah satu cara ialah amalkan menyapu minyak zaitun di perut tiap-tiap malam sebelum masuk tidur.

Anda juga boleh guna cara dengan perahkan air limau nipis ke atas sedikit kapur sirih. Bancuh sehingga sebati lalu disapu ke perut. Kemudian balut dengan barut. Lakukan setiap kali selepas mandi.

Petua lain, anda boleh ramas sedikit asam jawa dengan kapur atau ragi. Campurkan sedikit air dan gaul sehingga sebati. Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.

Selain itu ibu-ibu boleh juga rebus secupak asam gelugur bersama secupak garam sehingga hancur. Ambil asam gelugur hancur tadi, pupukan ke perut kemudian barut. Amalkan selama 44 hari.

sumber; facebook

1 comments:

{ Najihah Sudi } at: 4 September 2015 at 16:44 said...

uiii.. ngeri kalau dapat perut mcm dalam gambo tuh.. lagi beberapa hari baby nak kuar. dah kuar nanti, baru tau ghupe stretchmarks nanti caner.. skrg nmpk mcm elokkk jer.. hahha..

Terjah blog saya, jom! DAPATKAN INFO , TIP , PETUA MENGENAI KEHAMILAN DAN KESUBURAN DI SINI

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine