[MESTI BACA] Tata Tertib Tidur Dalam Islam





[MESTI BACA] Tata Tertib Tidur Dalam Islam 

1. Bersuci (berwudhu') dan bersiwak atau gosok gigi dan flos.

2. Berniat untuk melakukan ibadat di waktu bangun tidur nanti.

3. Hendaklah bertaubat sebelum tidur, bersih hati terhadap semua kaum muslimin, tiada menyimpan dendam dan berazam untuk tidak melakukan maksiat apabila terbangun nanti.

4. Hendaklah jangan terlalu mengambil berat tentang tempat tidurnya supaya ianya empuk dan halus.

5. Jangan memaksa mata untuk tidur jika tidak mengantuk, kecuali jika bermaksud untuk senang bangun beribadah di waktu malam.

6. Hendaklah tidur berhadapan dengan arah kiblat.

7. Membaca surah al-ikhlas, surah al-falaq, an-nas, dan sesudah baca sembur ke tangan dan sapukan tangan pada wajah dan seluruh badan. Selanjutnya boleh membaca ayat kursi dan membaca Subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.

8. Hendaklah mengingati bahawa tidur itu semacam mati, manakala bangunnya seakan ba'ats. Dan hendaklah menyakini pula bahawa manusia itu diwafatkan atas adat kebiasaannya, samada dalam hatinya mencintai ALlah ataupun bersarang di dalam hatinya cinta kepada dunia dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ia dimatikan.

9. Berdoa ketika bangun tidur. hendaklah dimulakan dengan: AlhamdulillaHillazii ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaiHiinnusyuur.

sumber: facebook

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine