[MESTI BACA] KHASIAT MADU UNTUK KESIHATAN




[MESTI BACA] KHASIAT MADU UNTUK KESIHATAN

Lebih 80 tahun lalu, madu adalah penawar yang sering digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Apabila manusia beralih ke rawatan moden, kehebatan madu mula dilupakan sedikit demi sedikit.

Bagaimanapun, zaman kegemilangannya kembali semula lantaran tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat mengenainya. Bukan setakat kesihatan malah ia cukup berguna dalam bidang kecantikan. Namun begitu ada juga lagi khasiat madu yang mungkin kurang disedari,antaranya:-

MERAWAT & MENGUBAT LUKA

Berabad tahun lamanya, madu telah digunakan untuk merawat luka. Kandungan glukosa dan enzim di dalamnya telah menghasilkan oksidase glukosa. Dalam keadaan yang tepat, oksidase glukosa mampu memecahkan glukosa madu menjadi hidrogen peroksida iaitu zat yang bersifat seperti antiseptik kuat. Perlu diingat bahawa tindak balas seperti ini tidak boleh terjadi ke atas madu yang diletakkan dalam bungkusan.

MENGHILANGKAN PARUT

Kandungan enzim, serbuk sari, vitamin serta mineral yang terdapat dalam propolis berupaya merangsang pertumbuhan sel-sel baru. Ini bermakna, apabila diaplikasikan pada luka terbakar, madu akan mempercepatkan proses penyembuhan sekali gus mengurangkan masalah parut.

AWET MUDA

Asid glukonat dan beberapa jenis asid organik ringan yang terdapat dalam madu membantu melonggarkan ikatan sel-sel kulit mati hingga mampu mengurangkan masalah kulit kendur, garis penuaan, menyeimbangkan minyak seterusnya meningkatkan keanjalan kulit. Kandungan gula dan asid amino yang seimbang membantu mempertahankan kelembapan kulit.

KANDUNGAN ANTIOKSIDAN YANG TINGGI

Bahan antioksidan yang tinggi dalam madu secara tidak langsung mempertahankan tubuh daripada serangan radikal bebas. Antioksidan yang dikenali sebagai ‘pinocembarin’ menjadikan tubuh lebih sihat, bertenaga dan terhindar daripada penyakit.

KURANGKAN KOLESTROL & GLUKOSA

Faktor utama yang membuatkan madu kurang digemari adalah kerana rasanya manis. Meski pun lebih manis daripada gula tetapi indeks glikemiknya rendah kerana diserap ke dalam aliran darah secara berperingkat.

Madu juga boleh dijadikan alternatif sebagai pemanis yang selamat bagi menggantikan gula atau gula tiruan. Dalam beberapa kajian, madu berupaya menurunkan glukosa darah. Kandungan mineral dan vitamin semula jadi di dalamnya juga membantu mengurangkan kolesterol buruk di dalam tubuh.

sumber: facebook

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine