Lelaki Perlukan Syampu Juga!


                                                    http://www.queachmad.com/


Lelaki Perlukan Syampu Juga!

Lelaki amatlah bertuah dan adakalanya, CikMa amat cemburu kepada mereka. Berbeza dengan kaum wanita yang perlu risau tentang mekap, rambut, dan pakaian. Lelaki biasanya hanya perlu risau tentang rambut kerana itulah satu-satunya bahagian yang menyerlahkan penampilan mereka.
Walaupun begitu, CikMa rasa kebanyakan lelaki tidak memilih produk-produk seharian mereka. Bahkan mereka tidak kisah jenis atau jenama apa yang digunakan untuk berdandan. Jangan terkejut, ada daripada mereka yang menggunakan sabun badan sebagai syampu.
Namun begitu, ini mungkin sebab rambut mereka tidak sepanjang atau selebat kaum wanita dan mereka rasa syampu rambut tidak diperlukan.
Terpulanglah kepada kita sebagai wanita untuk memastikan lelaki generasi kini sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan rambut mereka. Dapatkan tip-tip di bawah ini untuk menyelitkan tanggungjawab memilih syampu yang betul kepada suami, ayah, adik, abang, kekasih, atau kawan lelaki anda. Bukan semua orang ada rambut yang sempurna seperti Patrick Dempsey.
1.            Nasihatkan mereka untuk menjaga rambut dengan baik
Kebanyakan lelaki memerlukan 5 minit untuk mandi. Dengan tapak tangan yang besar dan kuat, pasti ia dapat mencuci rambut dengan bersih sekali, kan? Tapi, nasihatkan mereka bahawa rambut seharusnya dicuci dengan selembut yang mungkin. Sebaliknya, berikan urutan tersebut ke atas kulit kepala. Gunakan air suam (bukan air panas!) dan produk yang berkesan untuk membersihkan tinggalan jel rambut. Serap air dari rambut yang basah dengan tuala jika boleh, bukan pengering rambut.
2.            Gunting rambut
Bahagian rambut di hujung rambut tidaklah bertumbuh lagi – ia cuma menjadi lebih tua. Sebab itulah biasanya ia kelihatan kurang bermaya dan rapuh. Lebih-lebih lagi dengan proses perwarnaan rambut, produk stail rambut dan penggunaan pengering rambut. Bantu si dia, atur masa yang sesuai untuknya di salun kesukaannya sebelum rambut menjadi lebih lemah.
3.            Match Your Shampoo to Your Hair Type
Semua orang mempunyai rambut dan kulit kepala yang berbeza. Oleh itu, kita mesti menggunakan syampu khas untuk keperluan rambut kita. Tahukah anda, rambut untuk lelaki dan perempuan menepati keperluan yang berbeza? Rambut seorang lelaki adalah lebih tebal, dan teksturnya berlainan daripada rambut seorang wanita disebabkan pembebasan hormon testosteron. 
4.            Petua Mencuci Rambut
CikMa pernah membaca tip ini daripada sebuah buku. Untuk membersihkan rambut sepenuhnya daripada penggunaan produk rambut, gunakan cecair syampu sebanyak sebiji kacang dan campurkan dengan sodium bikarbonat (baking soda). Cuci rambut dengan campuran ini. 

5.            Pemakanan dan Senaman Seimbang
Cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut anda adalah pemakanan yang sihat dan seimbang. Rambut terdiri daripada pembentukan protein, jadi makanlah lebih banyak daging, produk susu, dan soya. Untuk kelembutan dan kekuatan rambut, pastikan bekalan vitamin B dan Biotin mencukupi (beras perang, sayur-sayuran, dan telur). Akhirnya, senaman membantu peredaran darah dalam badan dan mengalirkan nutrisi ke kulit kepala.

sumber: http://www.everydayme.com.my

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine