Keajaiban Pokok Hiasan Dalam Rumah




Keajaiban Pokok Hiasan Dalam Rumah

Pokok bukan sahaja menyerikan rumah anda. Malah, mereka mengindahkan dan memberi warna kepada dekor rumah serta membawa sedikit sentuhan alam semulajadi ke ruang tamu anda. Pokok hiasan di rumah juga boleh membersihkan dan meningkatkan kualiti udara, menjadikan rumah anda tempat yang lebih sihat untuk dihuni. Tiada apa yang lebih menyenangkan dari bau bunga yang harum dan ringan.
Terdapat banyak pokok hiasan dalam rumah yang memerlukan penjagaan yang minima. Ini pilihan yang sempurna untuk anda semua yang tidak mempunyai banyak masa untuk menjaga pokok hiasan anda, tetapi masih mahu menikmati kehadirannya di dalam rumah anda.
1.     Jade Plant
Jade Plant
Juga dikenali sebagai pokok duit Feng Shui, pokok kecil yang comel ini akan membuat anda tersenyum. dengan daun berbentuk sudunya yang aneh.
2.     Devil’s Ivy (Golden Pothos)
Devil's Ivy
Serikan rumah anda dengan pokok rimbun ini dengan daunnya yang berkilat dan berbentuk hati. Walaupun pokok ini tumbuh dengan perlahan dan memerlukan penjagaan sepanjang tahun, ia boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam rumah, terutamanya di kawasan yang baru divarnis atau di kawasan yang berkarpet.
3.     Chinese Evergreen (Aglaonema)
Chinese Evergreen (Aglaonema)
Perkara yang bagus tentang pokok ini adalah ia tidak memerlukan banyak cahaya dan adalah antara pokok hiasan dalam rumah yang paling senang dijaga. Evergreens dalam rumah ini boleh menyesuaikan diri tidak kira ada cahaya yang banyak ataupun hampir tiada cahaya, membuatkan mereka betul-betul tahan lasak.
4.     Moth Orchids (Phalaenopsis)
Moth Orchids (Phalaenopsis)
Moth orchids memberi sentuhan kecantikan kepada rumah anda dengan bunganya yang dating dalam pelbagai warna seperti merah jambu, kuning, lavender dan putih. Ia bukan sahaja cantik, malah senang untuk dijaga, dan bunga mekarnya boleh bertahan untuk sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan.
5. Dracaena reflexa
     Dracaena reflexa

Pokok dracaena adalah kegemeraan untuk pokok hiasan dalam rumah kerana mereka boleh menahan pengabaian, hidup dalam tempat rendah cahaya, dan mudah dijaga. Terdapat pelbagai jenis pokok dracaena, dari pokok bersaiz kecil dan kompak ke pokok jenis berbuluh yang boleh mencapai ketinggian 10 kaki!
6. Spider Plant
    Spider Plant

Spider plant adalah salah satu daripada pokok yang tergantung atau berjalar yang paling umum dan paling senang dijaga. Spider plant ini juga pilihan yang sangat baik untuk dijadikan pokok hiasan di rumah dan juga pokok permulaan sempurna untuk yang bercita-cita hendak berkebun.
7.     Boston Fern
Boston Fern
Boston Fern boleh mempengaruhi keperibadian dan persona sebuah rumah. Letakkan ia berdekatan tingkap yang menerima banyak cahaya matahari secara tidak langsung. Tingkap yang menghadap timur atau barat adalah lokasi yang ideal.
8.     Succulents
Succulents
Succulents semakin popular sebagai pokok hiasan dalam rumah. Senang untuk tahu kenapa. Ia boleh membesar di tempat kering dan panas yang wujud di kebanyakan rumah. Walaupun ia suka sinaran matahari secara langsung, ia juga boleh mensyesuaikan diri dengan cahaya yang kurang. Corak luar biasanya dan warna yang berbeza-beza sesuai dengan mana-mana dekor rumah.
9.     Snake Plant
Snake Plant
Dengan daun yang tinggi dan menonjol, Snake plant sangat sesuai menjadi dekor. Sementara kebanyakan pokok mengambil oksigen di waktu malam, ia melepaskan oksigen. Letakkan satu Snake plant di dalam bilik tidur anda untuk meningkatkan kualiti udara semasa anda tidur.
10.Peace Lily
Peace Lily
Satu pokok yang mempunyai fungsi dalam banyak aspek berlainan Feng Shui adalah Peace lily. Terkenal untuk bunganya yang putih dan anggun, serta daunnya yang lebat, peace lily memberi kesan yang sama seperti namanya, mempromosikan keamanan dan tenaga harmoni di rumah.

sumber:  http://www.everydayme.com.my.

1 comments:

{ Noriza MiracleVitamins } at: 29 October 2014 at 16:16 said...

Minat dengan orkid tu. Bila tengok pohon orkid yang cantik macamni, teringat arwah mak. Mak suka sangat dengan orkid

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine