[EKSLUSIF] Petua Untuk Menghilangkan Panau


[EKSLUSIF] Petua Untuk Menghilangkan Panau

Pilihan 1: Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian, tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.

Pilihan 2: Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

Pilihan 3: Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau tersebut hilang.

Pilihan 4: Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.

Pilihan 5: Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.

Pilihan 6: Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.

Pilihan 7: Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulang kali sehingga berhasil.

Pilihan 8: Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.

Pilihan 9: Tumbuk 2 ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari.

Pilihan 10: Tumbuk halia sebesar ibu jari hingga lumat.Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan selalu.

sumber: facebook

2 comments:

{ Vee Sandi } at: 15 January 2014 at 14:05 said...

teringat arwah abah saya . ada panau kat badan ...

{ Abee Sam } at: 15 January 2014 at 14:20 said...

wow petua yg menarik ..salam blogging

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine