Peranakan Jatuh? Apa Kesannya?


Peranakan Jatuh? Apa Kesannya?


Peranakan jatuh yang lebih dikenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh berlaku jika terdapat kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.

Antara kesan masalah peranakan jatuh ialah:

1. Gangguan kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah prolapse akan berhadapan dengan masalah kencing sama ada sukar untuk kencing atau terlalu kerap kencing. Paling ketara ialah mereka sukar mengawal kencing terutama ketika batuk, bersin atau melakukan aktiviti yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa.

2. Gangguan hubungan kelamin
Disebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj maka kekuatan mengemut ketika mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan.

3. Sakit pinggang dan tidak selesa
Peranakan jatuh akan menyebabkan seseorang wanita itu rasa tidak selesa kerana ada sesuatu iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika dia banyak berjalan atau berdiri. Oleh kerana peranakan yang jatuh itu menarik otot-otot sekitarnya, sering kali urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik lalu menyebabkan penghidapnya sakit pinggang.

4. Gangguan kesihatan
Jika prolapse yang dialami itu teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar, selalunya pintu rahim akan tergesel pada seluar dalam lalu menyebabkan luka. Luka ini biasanya akan dijangkiti kuman yang menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.


sumber: facebook

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Terbaik KakiTulis Minggu Ini

Search Blog KakiTulis

 

Copyright © 2010 kakitulis dotcom, All Rights Reserved. Design by DZignine